4:47 AM

Aku Rock


"petang ni maen bola tak..??" tanya farid dengan penuh pengharapan
"erm,tak kot,mak aku tak kasi keluar la... dia marah" jawab mat selamba

rakan2 mat mula pelik,sejak bila mat tak boleh keluar rumah..?? setahu mereka mat suka maen bola,dengar lagu metallica,selalu bergaduh dengan sapa2... minggu ni mat jadi pelik. men bola xboleh,men video game xmahu dan yang lebih pelik lagi mahu dibelanja ais krim 'pop' pun ditolak mentah2... membahayakan kesihatan katanya... ni xboleh jadi ni... mat memang sudah pelik... mereka mesti siasat,mereka xmahu kehilangan rakan yang mereka sayangi,apatah lagi mat adalah ketua mereka,selalu mandi sungai sama2,curi aiskrim 'pop' sama2,ponteng kelas fardhu ain sama2,kena denda pon sama2...
mereka rasa mat mesti kena rasuk oleh makhluk asing,sbb smalam farid baru menonton cerita X-Files. makhluk asing mmg suka rasuk budak darjah 3.

mat biarkan rakannya itu termangu sendirian... dia xkisah la apa mereka nk kata. yang penting mereka termakan dengan alasan yang diberikan. semasa perjalanan pulang,mat ditegur izati,

"mat,petang ni jadi tak..??"
"mesti la jadi,awak tunggu kite ye...??"
"ok,awak belanje kite aiskrim'pop' tau hari ni.." pinta izati
"mestilah" balas mat teruja.

hati mat bertambah riang,dia suka izati. izati pelajar baru kelas mat.sejak minggu lepas hati mat xtenang. kerja sekolah xdibuatnya. sifir 8 belum habis dihafal,alif ba ta pon masih tergagap-gagap apatah lagi bahasa ingeeris,lagi la tunggang langgang. tapi semua itu xkisah. mat tahu mesti izati suka dia jugak. mat pakai jam 'Boy London',naik mountain bike warna hijau,beg sekolah pun gambar power rangers,mat rasa dia paling bergaya dalam kelasnya. jawatan ketua kelas sebagai bonus utk memikat izati,hati mat semakin berbunga2.

petang tu farid mengekori mat,mereka mesti menyelamatkan mat. mereka mengekori mat smpi ke rumah izati,perjalanan diteruskan sampai la ke 1 belukar. mat ngan izati masuk dlm belukar tu. mereka bertambah pelik,apa yang mat buat ngan izati dlm belukar tu..?? mereka menyerbu mat dan izati, alangkah terperanjat mereka,bukan setakat izati,aishah,nurul dan timah pon ada sama. mat terperanjat,habislah maruah dia,kawan2nya da tahu,mata mat bergenang,kalo diceritakan pada kawan2 laen kat sekolah nnti macam mana..?? maruah mat tercalar mat malu,rasanya mahu saja dia terjun dlm lombong tu,pindah sekolah jauh2... mereka xboleh tahu dia maen masak2 ngan izati...!!!! mat menjerit malu...~~

farid lagi la terbangang,inikah mat yang dikenalinya..??

padahal disekolah mat mengaku ROCK...
mat mengaku minat METALLICA...

2 comments:

norhayati binti hamzah said...

hahahaha... ade samb x neh??

Saya aKMAL said...

bergantung kepada idea...

Post a Comment