3:30 PM

Meng'IKAN'

kegilaan memancing oleh kawan2 aku tak dapat dibendung lagi.setiap petang mesti pergi memancing. aku pun xtahu mana puncanya menyebabkan mereka begini. adakah disebabkan keinginan mencari sesuatu yang baru..?? ataupun cuma mengisi masa senggang yang tidak terisi dengan kepuasan. sejujurnya aku juga teringin merasa seperti mereka. ada yang kata kepuasan dan keseronokan memancing xtergambar dengan kata2. betul ke..?? disebabkan tak boleh digambarkan hanya mereka yang memancing saja yang tahu. ada juga yang kata tak dapat ikan pun xpe janji puas. mana nak datang kepuasan kalau dah tak dapat ikan..??

sebetulnya memancing agak membosankan bg aku,duduk tanpa menggerakkan otot2. nak bergurau senda pon seakan dilarang. ikan lari katanya. tapi melihat kawasan yang dipancing mereka,ikan takde tempat lain untuk melarikan diri.dari joran ranting2 kayu sehingga sekarang masing2 telah punyai jorang sebenar. hebat..!! tangkapan juga agak menarik,setiap hari ada saja ikan yang di daratkan.aku juga fikir agak membuang masa juga memancing ni. mungkin betul aktiviti ini untuk org yang penyabar,kerana tak sampai 5minit aku pegang joran aku sudah rasa mahu marah,macam mana nk melatih untuk menjadi penyabar. segala maki hamun akan keluar. kasihan ikan yang tidak bersalah itu. mereka tidak mahu roti lagi,sekali sekala mahu juga dihidangkan dengan kfc ataupun pizza baru yang berharga kurang lebih RM8(tak termasuk 5% cukai perkhidmatan yang perkhidmatannya tak seberapa). jika dapat makan kfc mati di mata kail pun puas hati.

walaupun tak pernah memancing ini ada beberapa tips untuk kalian.

1)pastikan kalian tahu memancing,kalau tak tahu macamana mahu memancing. nanti ikat mata kail pun xbetul,ikan pun seronok bawak lari sekali dengan mati kail.

2)pastikan korang penyabar kalo tak mahu jorang korang nanti dijadikan kayu api kelak. kalau xsabar silap2 joran dipatah2kan dan dibuat unggun api untuk membakar hasil tangkapan orang lain.

3)pastikan tempat korang nk pergi tu ada ikan,kalau takde ikan nk memancing apa..??


itu saja la yang aku tau dan dapat pikirkan. bagus juga sebenarnya memancing ni. daripada membuang masa tak buat apa2 baik membuang masa dengan memancing. tapi aku sanggup buang masa kalau sesiapa mahu memancing ikan mulut merah. hasilnya pun agak lumayan. =)

apa orang nak kata aku tak kisah,ini aku rasa.


0 comments:

Post a Comment